Renang Tasik Putrajaya Azizan Ali

Beliau bercadang berenang mengelilingi Tasik Putrajaya satu pusingan sejauh 22 kilometer pada 1 Februari 2009. Kemudian beliau akan menyayuh basikal mengelilingi Putrajaya pula . Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu melepaskan beliau pada 9 pagi. Renangan ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Perlis, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh (STAROBA), dan syarikat Eagle Aeronautic Sdn Bhd. Kejayaannya itu akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.